Banjir kilat Lembah Klang: Laluan sesak, PLUS sarankan guna jalan alternatif

Banjir kilat dilaporkan berlaku di Kilometer 9.1 Lebuhraya NKVE arah utara dari Shah Alam ke Subang.
Banjir kilat dilaporkan berlaku di Kilometer 9.1 Lebuhraya NKVE arah utara dari Shah Alam ke Subang.
A
A
A

SHAH ALAM – Hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi Rabu mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik teruk di beberapa laluan utama.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataannya memaklumkan, banjir kilat dilaporkan berlaku di Kilometer 9.1 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara dari Shah Alam ke Subang, menyebabkan trafik sesak sehingga ke Persimpangan Setia Alam.

Menurut PLUS, lorong kecemasan, lorong kiri dan lorong tengah di laluan tersebut ditutup kepada semua kenderaan.

Hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi Rabu mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan
Hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak awal pagi Rabu mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan

Selain itu, lorong kiri arah bertentangan turut ditutup, manakala hanya lorong tengah dan kanan arah selatan yang boleh dilalui.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), khususnya di persimpangan Shah Alam dari Subang ke Shah Alam.

Persimpangan berkenaan kini ditutup kepada laluan kenderaan, dan para pengguna disarankan menggunakan laluan alternatif.

Setakat kemas kini jam 9.28 pagi, lorong kiri arah bertentangan masih ditutup, manakala laluan tengah dan kanan arah selatan boleh dilalui.

Terdahulu, PLUS turut melaporkan banjir kilat di laluan masuk dan keluar Plaza Tol Shah Alam dari arah Shah Alam ke Subang.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, lorong motosikal, lorong kiri dan tengah di laluan terbabit turut ditutup kepada semua pengguna.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!