Wanita terkejut terima gaji 690 keping syiling

Wang syiling yang diterima oleh Liu.
Wang syiling yang diterima oleh Liu.
A
A
A

TAIPEI - Seorang wanita di Taiwan menerima gaji terakhirnya sebanyak NT$6,972 (RM1,030) dalam bentuk 690 keping syiling pelbagai nilai selepas berlaku perselisihan faham dengan majikannya.

Wanita berusia 19 tahun dikenali sebagai Liu dari Tainan itu memaklumkan majikannya menyerahkan beg plastik berisi syiling sebagai bayaran selepas dia meletakkan jawatan.

Menurut EBC News, syiling terbabit terdiri daripada nilai NT$1, NT$5 dan NT$10 dengan mengambil masa hampir sejam untuk diproses di bank.

Liu turut mendakwa gajinya kurang sebanyak NT$20 dan hanya menerima jawapan sinis apabila menegur majikannya.

Bagaimanapun, majikan Liu mempertahankan tindakan itu dengan menyifatkannya sebagai pendidikan kejutan kerana mendakwa bekas pekerjanya itu bersikap tidak sopan, tidak hadir kerja tanpa makluman serta tidak menunjukkan minat ketika berkomunikasi.

Dia turut mendakwa Liu meminjam sebahagian gaji lebih awal walaupun baru sebulan bekerja dan tidak hadir selama tiga hari tanpa sebab.

Pemilik kedai itu berkata, dia bersedia menukarkan syiling kepada wang kertas jika Liu memohon maaf, namun tawaran itu ditolak.

Sementara itu, pihak berkuasa buruh Taiwan mengesahkan tiada pelanggaran undang-undang kerana gaji dibayar penuh, namun tindakan tersebut dikritik sebagai tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!