Kaji potensi NBS jana pendapatan sumber negeri

Kerajaan Pahang disaran menubuhkan satu jawatankuasa terpilih bagi mengkaji secara menyeluruh potensi pembangunan NBS sebagai langkah memulihara alam sekitar dan menjana sumber pendapatan negeri.
Kerajaan Pahang disaran menubuhkan satu jawatankuasa terpilih bagi mengkaji secara menyeluruh potensi pembangunan NBS sebagai langkah memulihara alam sekitar dan menjana sumber pendapatan negeri.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang disaran menubuhkan satu jawatankuasa terpilih bagi mengkaji secara menyeluruh potensi pembangunan Solusi Berasaskan Alam Semulajadi (NBS) sebagai langkah memulihara alam sekitar dan menjana sumber pendapatan negeri.

Cadangan itu dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, Rizal Jamin ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang pada Selasa.

Menurutnya, cadangan itu sejajar dengan keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap pemuliharaan khazanah alam negeri Pahang termasuk hutan, sungai, tasik dan hasil sumber marinnya.

"Saya mencadangkan kerajaan negeri memberi perhatian khas dalam pembangunan NBS yang boleh menjadi punca pendapatan kerajaan negeri.

"Ia sekali gus menangani isu kos lepas melalui program-program konservasi dan pemuliharaan alam sekitar di Pahang," katanya.

Menyentuh isu potensi produk kredit karbon yang dikemukakan Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (Pas-Tahan) sebelum ini, Rizal berkata, tidak semua kawasan hutan sesuai untuk pembangunan instrumen tersebut.

"Bukan semua jenis hutan berpotensi dibangunkan untuk produk ini sebagai contoh 404.7 hektar hutan simpan kekal yang matang tidak mempunyai nilai tinggi untuk dijadikan kredit karbon berbanding dipulihkan hutan tersebut selepas diteroka secara tidak sah seperti yang disebut oleh Menteri Besar semalam (Isnin)," ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan menyalurkan Geran Ecological Fiscal Transfer (EFT) kepada Kerajaan Pahang sebagai insentif untuk memelihara aset semula jadi negeri berkenaan.

Langkah itu dilihat sebagai satu sinergi baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam memastikan khazanah alam di negeri ini terus dipulihara demi kepentingan masa depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!