Op Sky: Kertas siasatan diserahkan minggu hadapan

Siasatan berkaitan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan itu telah dikemaskini SPRM.
Siasatan berkaitan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan itu telah dikemaskini SPRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Op Sky akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), minggu hadapan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berkaitan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan itu telah dikemaskini.

"Siasatan buat masa ini sudah dilengkapkan dan sedang dikemaskini dan ia dijangka akan dikemukakan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

"Saya berharap kes ini disegerakan sekiranya tiada sebarang inkuiri oleh TPR dalam kertas siasatan dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah Ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre (WTC) di sini pada Selasa.

Januari lalu, SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) menahan 12 individu dalam serbuan di 24 lokasi termasuk kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang dan merampas kira-kira 4,000 dokumen serta membekukan 98 akaun bank melibatkan lebih RM17 juta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!