Tiga GLC terlibat tingkat hasil padi di Pahang

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN – Sebanyak tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terlibat dalam meningkatkan pengeluaran padi di Pahang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurutnya, syarikat berkenaan ialah Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Merchong melibatkan kawasan seluas 526 hektar, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Rompin (1,214 hektar) dan Yayasan Pahang di Ganchong, Pekan (202 hektar).

“Kita tidak menafikan bekalan beras tidak mencukupi, tetapi setakat ini kita telah melibatkan tiga GLC dalam penanaman padi.

“Ini sudah buat, bukan baru buat. Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan bekalan tempatan di Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa jawapan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Sim Chon Siang (PKR- Teruntum) terhadap pertanyaan Datuk Andansura Rabu (Pas- Beserah) berkenaan tindakan Kerajaan Pahang untuk menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai menjelaskan isu kekurangan bekalan beras tidak hanya berlaku di Pahang malah di seluruh negara, apabila hanya 60 peratus pengeluaran beras dapat dihasilkan secara tempatan sejak dahulu lagi.

“Kita kena import sebab tidak mencukupi, yang menyebabkan tidak mencukupi antaranya negeri yang paling banyak sawah padi seperti Kedah kini makin mengecil.

“Sebab buat banyak projek perumahan, jadi kawasan penanaman padi semakin kurang dan kita terpaksa import,” ujarnya.

Terdahulu, Chon Siang memaklumkan, bermula September 2023 sehingga kini, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama)

Artikel Berkaitan:

Pelan Intervensi seluruh negara.

Jelasnya, hingga kini sebanyak 248,841 kampit beras telah diedarkan oleh Fama Pahang.

"Daripada jumlah itu, 89,192 kampit telah diedarkan pada tahun 2023 manakala 145,649 kampit (2024) dan 14,000 kampit hingga 10 April lalu.

"Pengagihan beras oleh Fama Pahang adalah melalui empat pusat operasi iaitu di Jerantut, Lanchang, Kuantan dan Cameron Highlands serta diedarkan melalui 46 buah Kedai Agrobazaar Fama di seluruh negeri," katanya.

Chon Siang menambah, sebanyak 206,388 kampit 10 kilogram beras BPT telah diagihkan seluruh di Pahang

Katanya, BPT diagihkan di cawangan pemasaran FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) seperti agrobazar, pasar tani kekal dan pasar tani.

"Selain agihan ke outlet pemasaran, FAMA dan LPP turut mengadakan jualan terus kepada pengguna melalui Jualan Agro Madani yang dianjurkan di lokasi terpilih seluruh Pahang.

"Selain FAMA dan LPP, Syarikat Pemborong Beras yang besar di Pahang turut mengagihkan BPT ke pasar raya yang terpilih," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!