Rombongan Sri Muda serah memorandum isu banjir, tuntut penyelesaian muktamad
21 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Hasrat segelintir penduduk Taman Sri Muda untuk menyerahkan memorandum berkaitan isu banjir kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak kesampaian apabila dokumen itu hanya diserahkan kepada pegawainya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Penyerahan dibuat oleh jurucakap penduduk, Umagandhan Krishnan kepada Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mohammad Firdaus Shir Mohd, di tepi jalan masuk ke Kampung Coldstream, Bidor, yang turut disaksikan beberapa penduduk dari Shah Alam yang hadir menaiki bas, pada Ahad.
#SinarHarian #BeritaSemasa #IsuBanjir #SriMuda #AmirudinShari #ShahAlam
