Pertimbang sebat mandatori banteras gejala rasuah

Perkasa saran sebat dijadikan hukuman mandatori kepada pesalah rasuah.
Perkasa saran sebat dijadikan hukuman mandatori kepada pesalah rasuah.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebat perlu menjadi hukuman mandatori di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah membanteras kesalahan tersebut di negara ini.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Azrol Mansor berkata, ini kerana hukuman sedia ada dilihat masih belum cukup memberi keinsafan kepada pesalah bagi kesalahan berkenaan.

“Hukuman tambahan yang sedia ada perlu diperhalusi dan ditambah sebagai langkah menghapuskan gejala rasuah dalam kalangan penguat kuasa kerajaan.

“Sekiranya hukuman ini dikenakan, ia juga boleh menjadi pengajaran untuk penguat kuasa menjauhi amalan rasuah ketika bertugas,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurut beliau, langkah pencegahan juga perlu diberi penekanan menerusi latihan dan kursus yang bersesuaian.

Azrol turut menggesa penganjuran lebih banyak kursus atau latihan untuk Biro Integriti dan Rasuah dalam kalangan penjawat awam, terutama dalam sektor penguat kuasa.

“Isu rasuah harus dibanteras habis-habisan kerana barah rasuah pada hari ini sudah menjadi seperti amalan biasa kepada segelintir pegawai penguat kuasa kerajaan,” katanya lagi.

Beliau mengingatkan bahawa usaha memerangi rasuah amat penting memandangkan rasuah merupakan musuh utama negara yang boleh menghancurkan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!