'Lebih baik beli baharu'

Kos baik pulih tinggi disebabkan kesukaran mendapatkan alat ganti menyebabkan ramai pemilik membiarkannya tersadai apabila rosak - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Said
Kos baik pulih tinggi disebabkan kesukaran mendapatkan alat ganti menyebabkan ramai pemilik membiarkannya tersadai apabila rosak - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Said
A
A
A

JOHOR BAHRU – “Daripada baiki, lebih baik beli kereta baharu,” kata Mohd Said Matari, 55, salah seorang pemilik kereta usang.

Menurutnya, kos baik pulih tinggi untuk kenderaan lama amat tinggi disebabkan kesukaran mendapatkan alat ganti menyebabkan ramai pemilik membiarkannya tersadai apabila rosak.

“Nak baik pulih pun memerlukan belanja besar, lebih-lebih lagi kalau badan kereta sudah berkarat. Kalau kira semula, lebih baik beli kereta lain,” katanya kepada Sinar Ahad.

Mohd Said berkata, salah satu faktor dia memiliki kenderaan usang adalah kerana sudah mempunyai banyak kereta hingga tidak terjaga.

“Saya ada banyak kereta, sebab itu boleh ada yang usang, uzur. Ada antaranya saya jual, lapang sedikit ruangan parkir di rumah.

“Proses jual beli kereta buruk ini tak lama. Dalam tempoh sehari siap termasuk membuat laporan polis sebelum dijual,” katanya yang mendapat sekitar RM500 hingga RM600 hasil jualan kereta usangnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!