Suami isteri melecur cuba selamatkan barang

Sepasang suami isteri melecur ketika cuba menyelamatkan barang daripada musnah terbakar dalam kejadian kebakaran dua rumah di Kampung Tudan Baru, di sini pada petang Jumaat.
Sepasang suami isteri melecur ketika cuba menyelamatkan barang daripada musnah terbakar dalam kejadian kebakaran dua rumah di Kampung Tudan Baru, di sini pada petang Jumaat.
A
A
A

KENINGAU - Sepasang suami isteri melecur ketika cuba menyelamatkan barang daripada musnah terbakar dalam kejadian kebakaran dua rumah di Kampung Tudan Baru, di sini pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 43 dan 42 tahun dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.04 petang.

Katanya, seramai 12 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tujuh kilometer dari BBP Keningau.

"Kebakaran melibatkan dua rumah jenis separuh kekal dan musnah 100 peratus dan operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan.

"Dalam kejadian itu, terdapat dua mangsa melibatkan pasangan suami isteri mengalami kecederaan melecur masing-masing bahagian tangan dan kaki serta dahi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, operasi berjaya ditamatkan pada jam 9.42 malam selepas memastikan keadaan telah selamat.

"Dua mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital dengan menaiki jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!