Wanita kena pukul di lampu isyarat

Tangkap layar video seorang wanita dipercayai dipukul lelaki di persimpangan lampu isyarat di Taman Budiman Valley, Seksyen U15, Shah Alam. Gambar kecil: Mohd Iqbal
Tangkap layar video seorang wanita dipercayai dipukul lelaki di persimpangan lampu isyarat di Taman Budiman Valley, Seksyen U15, Shah Alam. Gambar kecil: Mohd Iqbal
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesan seorang wanita yang menjadi mangsa serangan fizikal dalam kejadian tular di lampu isyarat Persimpangan Taman Budiman Valley, Seksyen U15, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut dipercayai dirakam melalui kamera telefon bimbit sebelum tular menerusi status WhatsApp seorang individu.

"Rakaman berdurasi tiga minit 21 saat itu memaparkan seorang wanita disyaki dipukul seorang lelaki di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, pihaknya kemudian menerima satu laporan berkaitan kejadian daripada seorang wanita berusia 24 tahun kira-kira jam jam 4.35 pagi pada Jumaat.

"Dalam kejadian kira-kira jam 3.55 pagi itu, pengadu bersama rakannya menaiki kereta jenis Perodua Axia dari arah Shah Alam ke Puncak Alam melalui Jalan Persiaran Mokhtar Dahari.

"Ketika kenderaan mereka berhenti di lampu isyarat di lokasi kejadian, seorang wanita berbaju kurung dan tidak berselipar bertindak menahan kenderaan pengadu untuk meminta pertolongan," katanya.

Mohd Iqbal berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh mangsa dan identitinya masih belum dikenal pasti.

"Wanita terbabit diminta tampil membuat laporan dalam kadar segera bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Shah Alam di talian 03-55202022 atau Ketua Polis Balai Bukit Jelutong, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!