9 sektor utama sasaran JS-SEZ

Tengku Zafrul (tengah) ketika temu bual bersama media tempatan di MITI, Kuala Lumpur.
Tengku Zafrul (tengah) ketika temu bual bersama media tempatan di MITI, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan sembilan sektor utama dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) untuk diterokai pelabur tempatan dan asing dalam usaha memperkukuhkan lagi ekonomi negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara sektor terlibat termasuk pembuatan berdaya maju, tenaga hijau, logistik dan kecerdasan buatan (AI).

Selain itu katanya, sektor penjagaan kesihatan, teknologi kuantum, aeroangkasa, perkhidmatan digital dan industri halal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong pada 11 Januari 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong pada 11 Januari 2024.

“Kalau kita lihat apa yang berlaku dalam ekonomi dunia sekarang ia sedang beralih kepada model pertumbuhan yang lebih kukuh, pelbagai dan berdaya tinggi. Sektor seperti penjagaan kesihatan, logistik dan aeroangkasa agar besar di Malaysia sekarang ini.

“Selain itu, perkhidmatan digital terutamanya pusat data dan halal industri (yang semakin meningkat) juga merupakan satu kelebihan yang kita ada.

“Dalam sembilan sektor utama yang disasarkan ini, terdapat tiga yang akan kita beri penekanan tinggi iaitu bidang teknologi seperti semikonduktur, AI dan bioteknologi. Bagi logistik pula rantaian bekalan juga akan memperoleh faedah daripada JS-SEZ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika temu bual bersama beberapa media tempatan di Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di sini sempena The JS-SEZ Joint Business & Investment Forum yang akan membuka tirai pada Isnin di Johor Bahru, Johor.

Artikel Berkaitan:

Januari lalu, Kerajaan Malaysia dan Singapura melancarkan JS-SEZ yang dinanti-nantikan dengan sasaran menarik 100 projek dalam tempoh 10 tahun.

JS-SEZ kini merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Desaru dengan keluasan tanah 357,128 hektar.

Wilayah pembangunan Iskandar turut meliputi Pusat Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas-Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai-Skudai dan Sedenak.

Sementara itu, ditanya mengenai usaha MITI dalam mempromosikan zon ekonomi yang akan memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan kepada Johor dan Malaysia, Tengku Zafrul berkata, pelbagai usaha telah dilaksanakan sebaik bermulanya kerjasama antara kedua-dua negara di zon berkenaan.

Menyentuh mengenai rangka kerja terutamanya melibatkan peraturan dalam usaha memudahkan lagi operasi perniagaan di JS-SEZ, beliau berkata, terdapat beberapa langkah diambil.

Ujarnya, JS-SEZ akan mewujudkan rangka kerja peraturan yang dipermudahkan bagi memastikan kelancaran operasi perniagaan yang mungkin berdepan beberapa isu memandangkan ia melibatkan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

“Fokus utama kami adalah untuk mengurangkan halangan birokrasi dan menggalakkan kemudahan menjalankan perniagaan. Ini termasuk proses kastam yang diselaraskan, struktur cukai yang dipermudahkan, serta kelulusan permit lebih cekap,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!