JS-SEZ: PKS di Johor bakal raih manfaat besar

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini khususnya di Johor bakal meraih manfaat besar menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang memberi penekanan kepada pembinaan ekosistem inklusif.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif itu bakal membuka peluang luas kepada sektor berkenaan untuk akses teknologi canggih, kemudahan moden serta infrastruktur kritikal bagi memperkasakan operasi perniagaan masing-masing.

Menurutnya, penglibatan PKS dalam rantaian bekalan lebih luas membolehkan mereka menjalin kerjasama strategik dengan syarikat besar sekali gus meneroka potensi pasaran eksport di peringkat antarabangsa.

“Kita sentiasa melihat kepada keperluan PKS melalui kewujudan zon ini dan kita sememangnya tidak lupakan mereka. Antara inisiatif yang kita ambil untuk industri ini di mana PKS akan ditawarkan ruang sewaan mampu milik bagi membolehkan mereka mendapat manfaat daripada kerjasama ini.

“Selain itu, antara faedah lain yang kita sediakan kepada mereka seperti ekosistem perniagaan contohnya dalam sektor teknologi, kita sediakan mereka dengan teknologi tinggi dan fasiliti untuk dikongsi bersama,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, dengan mengintegrasikan PKS ke dalam rangkaian rantaian bekalan yang lebih luas, industri itu berpeluang bekerjasama dengan syarikat besar dan meneroka pasaran eksport.

Beliau menambah, melalui usaha menempatkan atau mengembangkan perniagaan sektor tersebut dalam zon berkenaan, PKS dapat memanfaatkan lokasi strategik dan infrastruktur sedia ada untuk menjalin kerjasama baharu terutamanya dengan syarikat multinasional.

“PKS akan mendapat manfaat daripada JS-SEZ melalui akses kepada pasaran baharu, infrastruktur yang dipertingkatkan dan perkhidmatan sokongan khusus.

Artikel Berkaitan:

“Zon ekonomi ini juga akan menyediakan platform untuk PKS bergabung dalam rantaian bekalan serantau dan global,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!