Pelbagai insentif ditawar tarik pelabur domestik, asing

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menawarkan beberapa insentif antaranya kadar cukai korporat yang dikurangkan dan elaun pelaburan bagi menarik pelabur domestik serta asing menyertai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tawaran tersebut merupakan antara insentif kompetitif yang terkandung dalam pakej zon ekonomi berkenaan.

“Pelabur boleh menikmati insentif dalam bentuk sama ada kadar cukai khas antara lima hingga 10 peratus untuk tempoh 10 hingga 15 tahun. Pengecualian setem dan potongan cukai juga ditawarkan.

“Selain itu, elaun cukai pelaburan, elaun modal dipercepatkan bagi kos pengubahsuaian bangunan atau sebahagian bangunan komersial yang ditetapkan,” katanya.

Tengku Zafrul menambah, insentif yang ditawarkan itu juga bertujuan mengekalkan momentum pelaburan asing dan domestik selaras dengan keutamaan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab untuk industri bernilai tinggi dan berasaskan teknologi tinggi.

Pakej insentif ini katanya, akan membolehkan Malaysia menarik pelaburan terpilih selaras dengan lima tonggak Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!