Malaysia hantar hospital medan ke Myanmar

Sekitar suasana sebelum pelepasan aturgerak Hospital Medan Malaysia ke Operasi Bantuan Kemanusiaan di Myanmar yang melibatkan seramai 69 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia, bertempat di Pangkalan Udara Subang, hari ini. Foto Bernama
Sekitar suasana sebelum pelepasan aturgerak Hospital Medan Malaysia ke Operasi Bantuan Kemanusiaan di Myanmar yang melibatkan seramai 69 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia, bertempat di Pangkalan Udara Subang, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebuah hospital medan lengkap telah dihantar ke Myanmar bagi menyediakan perkhidmatan perubatan penting kepada komuniti yang terjejas, susulan gempa bumi dahsyat baru-baru ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan, hospital itu dihantar menaiki dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang jam 430 pagi tadi (Jumaat).

Ia dilengkapi dengan unit rawatan kecemasan dan kemudahan pembedahan, serta disokong oleh pasukan perubatan terlatih seramai 70 orang yang merangkumi doktor, jururawat dan kakitangan sokongan.

"Hospital medan ini akan ditempatkan di bandar Sagaing dan akan beroperasi selama 30 hari dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, adil dan berkesan, khususnya kepada kumpulan yang dipindahkan dan golongan rentan," katanya dalam kenyataan.

Kementerian itu berkata, Inisiatif berkenaan menzahirkan komitmen teguh Malaysia terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan kesejahteraan negara jiran yang sedang dilanda kesusahan.

"Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berbangga untuk berdiri bersama rakyat Myanmar dalam saat yang mencabar ini, dengan menyalurkan bantuan yang mampu menyelamatkan nyawa di kawasan yang paling memerlukannya," jelas KLN.

Insiden gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala richter pada 28 Mac lalu telah mengorbankan lebih 3,700 orang dengan 5,000 cedera dan 130 lagi hilang.

Gegaran yang turut dirasai di negara jiran termasuk Thailand, menyebabkan bangunan Pejabat Audit Negara runtuh di Bangkok.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!