Bapa maut dirempuh anak ketika duduk tepi jalan

Selepas melanggar mangsa, suspek terus memecut dan merempuh seorang individu lain sebelum kenderaannya terbabas ke dalam parit dan berhenti. -Agensi
Selepas melanggar mangsa, suspek terus memecut dan merempuh seorang individu lain sebelum kenderaannya terbabas ke dalam parit dan berhenti. -Agensi
A
A
A

PARIAMAN – Seorang lelaki maut selepas dirempuh kereta yang dipandu oleh anak kandungnya sendiri di Desa Kampung Gadang, Kota Pariaman, Sumatera Barat, pada petang Rabu.

Insiden tragik yang berlaku sekitar jam 5.56 petang waktu tempatan itu turut menyebabkan seorang individu lain cedera.

Menurut laporan, suspek yang juga pemandu kenderaan dipercayai mengalami gangguan jiwa atau Orang Dengan Gangguan Jiwa (ODGJ).

Rakaman video tular menunjukkan bagaimana suspek memandu secara melulu sebelum melanggar bapanya yang ketika itu sedang duduk di tepi jalan.

Selepas melanggar mangsa, suspek terus memecut dan merempuh seorang individu lain sebelum kenderaannya terbabas ke dalam parit dan berhenti.

Saksi kejadian, Fajri, memaklumkan bahawa suspek memandu laju sebelum secara tiba-tiba melanggar bapanya hingga mangsa tidak sedarkan diri. Tidak lama selepas itu, suspek turut melanggar pengguna jalan yang lain.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden ini. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!