Suspek kes tetak ditahan kurang 24 jam

Laporan Sinar Harian mengenai kes lelaki ditetak parang dalam pusat beli-belah di Seremban.
Laporan Sinar Harian mengenai kes lelaki ditetak parang dalam pusat beli-belah di Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes tetak di sebuah pusat beli-belah di daerah ini, Isnin lalu berjaya ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kesemua suspek berusia 35 hingga 47 tahun ditahan di sekitar Port Dickson, kira-kira jam 5 petang pada Selasa.

"Kami berjaya menahan ketiga-tiga suspek dalam masa kurang 24 jam di Port Dickson berserta rampasan iaitu sebilah parang yang dipercayai ketika kejadian itu.

"Semakan mendapati, kemua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah merangkumi pelbagai kesalahan termasuk jenayah kekerasan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, suspek telah direman tiga hari bagi membantu siasatan dan kes diklasifikasikan semula kepada Seksyen 326 Kanun Keseksaan selepas tahap kecederaan mangsa dikenalpasti sebagai parah berdasarkan pemeriksaan pegawai perubatan.

Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki cedera selepas diserang sekumpulan lelaki dan ditetak menggunakan parang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di sini.

Video kejadian terbabit yang memaparkan mangsa dikejar dan dilibas seorang individu bersenjatakan parang turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial.

Mohamad Hatta Che Din dilaporkan berkata, pihaknya percaya kejadian itu membabitkan unsur gengsterisme akibat dendam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!