Pemimpin UAE zahir ucapan takziah kepada Malaysia atas pemergian Tun Abdullah

Tun Abdullah Ahmad Badawi. Foto fail Bernama
Tun Abdullah Ahmad Badawi. Foto fail Bernama
A
A
A

ABU DHABI - Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas pemergian bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden merangkap Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, serta Naib Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Mahkamah Presiden, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, turut berkenan menyampaikan ucapan takziah dalam perutusan berasingan kepada Seri Paduka Baginda.

Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada jam 7.10 malam Isnin.

Allahyarham selamat disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara kira-kira jam 2.30 petang, Selasa.

Tun Abdullah menjawat jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!