SPRM kesan Sofian Abu Bakar

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pihaknya sedang mengesan Sofian Abu Bakar, 49, yang mempunyai alamat terakhir di No 4, Jalan Sri Laguna 6/1, Taman Sri Laguna, 81200 Johor Bahru, Johor.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sharon Aileen Bidi di talian 019-8913783, 084-311982 atau emel kepada sharonaileen@sprm.gov.my. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
