Pemimpin kanan Bersatu direman kes rasuah projek tambak laut RM44 juta
15 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergelar Datuk Seri direman selama enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengenai projek tambak laut di Melaka bernilai RM44 juta.
Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap suspek berusia 61 tahun itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
#SinarHarian #BeritaSemasa #projektambaklaut #mahkamah #SPRM