Najib tiba di Masjid Negara, beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah

Najib memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Abdullah di ruang solat utama di Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama
Najib memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tun Abdullah di ruang solat utama di Masjid Negara pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Masjid Negara pagi ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib tiba di lobi utama masjid kira-kira jam 10.35 pagi dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna kelabu.

Namun, selepas kira-kira lima minit, kenderaan berkenaan dilihat beredar dan memasuki pintu belakang Masjid Negara, dipercayai bagi mengelakkan kesesakan di laluan utama.

Difahamkan, Najib hadir selepas menghadiri prosiding perbicaraan kes berkaitan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!