Kubur nenek moyang 'lesap' jadi ladang tebu

NANNING - Hasrat seorang lelaki mahu menziarahi pusara nenek moyangnya tidak kesampaian malah berdepan insiden tidak diduga.
Lelaki dikenali sebagai Soo itu mendakwa kawasan perkuburan di Guangxi, China itu turut diratakan.
"Seluruh binaan kubur lesap dan terdapat jengkaut bersama beberapa petani sedang menguruskan kawasan tanah lapang itu. Salah seorang daripadanya memberitahu saya tanah kubur itu telah dijadikan ladang tebu," katanya.
Menurutnya, kawasan tanah itu disediakan pemerintah tempatan buat keluarganya, namun pihak yang menguruskan projek tanaman tersebut bertindak menyewakan kawasan berkenaan tanpa mendapat kebenaran daripadanya.
"Dia tidak maklumkan kepada saya bahawa kubur itu akan dipindahkan," ujarnya lagi.
Sebelum ini, kawasan tersebut menempatkan empat pusara nenek ahli keluarganya.
Soo mahu membawa perkara itu kepada pihak berkuasa malah rakaman video tersebut turut menjadi tular di Weibo. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!