Motosikal dihanyut arus, peneroka Felda nyaris lemas

Orang ramai membantu menarik motosikal yang hanyut dibawa arus deras di jalan masuk Felda Air Tawar 3, pada petang Ahad. Foto tular
Orang ramai membantu menarik motosikal yang hanyut dibawa arus deras di jalan masuk Felda Air Tawar 3, pada petang Ahad. Foto tular
A
A
A

KOTA TINGGI – Seorang peneroka berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditungganginya dihanyut arus deras ketika cuba meredah jalan yang dilimpahi air di jalan masuk Felda Air Tawar 3, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata kejadian berpunca dari hujan lebat pada kira-kira jam 2.20 petang.

"Mangsa dipercayai cuba melintas jalan yang dinaiki air sebelum motosikalnya hilang kawalan dan terjatuh.

"Bagaimanapun, beliau berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

"Keadaan jalan kini kembali pulih dan boleh dilalui semua kenderaan selepas air surut sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum itu video berdurasi satu minit 52 saat memaparkan orang ramai membantu menarik motosikal yang dibawa arus deras di jalan masuk Felda Air Tawar 3.

Dalam pada itu, Yusof turut menasihatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal dan pemandu kenderaan ringan tidak mengambil risiko meredah laluan yang sudah dinaiki air.

“Jangan bahayakan nyawa kerana kedalaman air sukar dijangka dan arus deras boleh menyebabkan kenderaan hanyut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!