KPM jamin siasatan telus pelajar lemas

Fadhlina (kiri) menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Indang Kasi Sibin pada pelancaran program Gerakan Massa:#terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Taiping pada Ahad.
Fadhlina (kiri) menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Indang Kasi Sibin pada pelancaran program Gerakan Massa:#terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Taiping pada Ahad.
A
A
A

TAIPING - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bahawa siasatan secara telus dijalankan terhadap kes kematian seorang pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor akibat lemas, November tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, siasatan dalaman turut dijalankan Unit Integriti KPM meskipun kes tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Selain itu, kebajikan keluarga mangsa juga kita cukup jaga. Segala pertemuan, pengurusan berkaitan seperti insurans dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab KPM.

"Saya ingin memberi jaminan kepada seluruh masyarakat, keluarga dan semua yang terkesan dengan insiden ini bagi memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

"Di peringkat KPM pula, saya akan memastikan insiden ini disiasat dengan penuh integriti," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Gerakan Massa:#terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di sini pada Ahad.

Media pada Ahad lalu melaporkan keluarga Allahyarham Muhammad Zulfan Iqbal Zaiful yang meninggal dunia akibat lemas mendakwa terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian arwah.

Menurut keluarga, pelajar Tingkatan Empat itu dipercayai lemas ketika menjalani latihan pemulihan di kolam renang terjun sedalam lima meter.

Berikutan kejadian itu, keluarga mangsa masih belum menerima maklum balas mengenai hasil siasatan daripada KPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak kematian mangsa pada 25 November tahun lalu.

Allahyarham Muhammad Zulfan merupakan atlet bola sepak bawah 16 tahun dan bakatnya sebagai penjaga gol membuatkannya berada dalam radar pemantauan pasukan Johor Darul Ta’zim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!