Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Port Dickson

PPS yang dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir di Port Dickson bagi menempatkan mangsa banjir. Foto APM Negeri Sembilan
PPS yang dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir di Port Dickson bagi menempatkan mangsa banjir. Foto APM Negeri Sembilan
A
A
A

PORT DICKSON - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir di sini susulan banjir kilat pada Ahad.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, PPS berkenaan menempatkan 29 mangsa membabitkan sembilan keluarga.

"Hujan lebat telah menyebabkan air sungai melimpah dan sembilan keluarga terpaksa dipindahkan.

"Sehubungan itu, sebuah PPS telah dibuka di Balai Raya Kampung Permatang Pasir pada jam 2.30 pagi bagi menempatkan mereka yang terjejas," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, setakat jam 8 pagi tadi, cuaca masih hujan, namun keadaan terkawal.

Ujarnya, pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!