Tiada mesyuarat, perjumpaan PM dengan pemimpin politik

Muhyiddin hadir pada Majlis Tahlil bapa mereka yang juga guru agama terkenal Allahyarham Muhammad Yassin Mohamad dan ibunya Allahyarhamah Khadijah Kasim di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1 hari ini.
 -Foto Bernama
Muhyiddin hadir pada Majlis Tahlil bapa mereka yang juga guru agama terkenal Allahyarham Muhammad Yassin Mohamad dan ibunya Allahyarhamah Khadijah Kasim di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1 hari ini.
 -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin politik hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, Muhyiddin dijadualkan bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan ketua- ketua jabatan dan agensi.

"Ia bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan," kata kenyataan itu.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara semalam (1 Mac).

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan, pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin memasuki Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, di sini bagi memulakan tugas hari pertamanya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Pada hari pertamanya, beliau mempunyai jadual temujanji dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rasuah Zahid ditangguh, beri ruang bincang barisan Kabinet

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya.

Ia bagi memberi ruang beliau menghadiri mesyuarat bersama Muhyiddin di Putrajaya bagi pembentukan Kabinet hari ini.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam Ahmad Zahid, Hisyam Teh dan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.

Raja Rozela berkata, pendakwaan mempunyai lima saksi untuk perbicaraan hari ini, namun akan menyerahkannya kepada mahkamah.

"Setakat ini pihak pendakwaan sudah memanggil 39 saksi sejak perbicaraan ini bermula 18 November tahun lalu," katanya.