China bertindak balas, naikkan tarif import 84 peratus kepada AS

BEIJING - Kadar tarif tambahan China untuk semua barangan import dari Amerika Syarikat (AS) akan dinaikkan daripada 34 peratus kepada 84 peratus bermula 10 April, lapor saluran televisyen milik kerajaan China, CCTV pada Rabu, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Tarif itu akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam waktu tempatan (04.01 GMT) pada Khamis. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
