Nasib berbeza Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah

Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia.
Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka gelanggang Kejohanan Badminton Asia (BAC) dengan langkah kanan di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China pada Rabu.

Aaron-Wooi Yik yang turun sebagai pilihan keenam tidak berdepan masalah menjinakkan beregu bukan pilihan dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.

Aaron-Wooi Yik menang set pertama 21-18, tidak berdepan masalah meneruskan momentum pada set kedua apabila menang 21-15 dalam masa 40 minit.

Beregu nombor dua negara itu sebelum ini dibelenggu isu kecederaan menyaksikan mereka tersingkir pada pusingan pertama dalam Orleans Masters di Perancis diikuti Seluruh England di Birmingham.

Pearly-Thinaah tunduk straight set kepada lawan dari Korea Selatan, Kim Hye-jeong-Kong Hee-yong, 19-21, 26-28 dalam masa 58 minit.
Pearly-Thinaah tunduk straight set kepada lawan dari Korea Selatan, Kim Hye-jeong-Kong Hee-yong, 19-21, 26-28 dalam masa 58 minit.

Sementara itu, cabaran beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah terhenti di pusingan pertama.

Tampil dengan status pilihan keenam, Pearly-Thinaah tunduk straight set kepada lawan dari Korea Selatan, Kim Hye-jeong-Kong Hee-yong, 19-21, 26-28 dalam masa 58 minit.

Artikel Berkaitan:

Satu lagi gandingan negara, Ong Xin Yee-Teoh Mei Xing mara ke pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara, Ong Xin Yee-Carmen Ting.

Xin Yee-Mei Xing tewas set pertama 18-21 bangkit untuk menang dua set berikutnya 21-19, 21-16 dalam masa 71 minit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!