Lemang tarikan Tahun Melawat Kedah 2025

Azizan (kiri) melayan pelanggan di gerai Lemang Pakteh dekat Taman Rhu Sungai Petani.
Azizan (kiri) melayan pelanggan di gerai Lemang Pakteh dekat Taman Rhu Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Keenakan lemang yang dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan mampu menjadi tarikan sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Pengusaha Lemang Pakteh, Azizan Md Isa berkata, makanan tradisional itu menjadi pelengkap juadah hari raya malah keutamaan bagi sesetengah keluarga.

Azizan (kiri) masih mengekalkan harga lemang seperti lima tahun lalu.
Azizan (kiri) masih mengekalkan harga lemang seperti lima tahun lalu.

Beliau yang mengusahakan lemang hampir 30 tahun lalu berkata, bagi mengekalkan sokongan sedia ada, dia tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga biarpun terpaksa menanggung peningkatan kos kira-kira 20 peratus berbanding sebelum ini.

"Ia bagi membolehkan lebih ramai pengunjung termasuk B40 mendapatkan lemang dengan harga berpatutan sekali gus menyokong usaha Tahun Melawat Kedah 2025.

"Kami jual sama macam 2024 iaitu paling murah RM16 sebatang bertujuan memberi peluang sama rata kepada semua orang untuk merasai lemang... saya rasa lima tahun kebelakangan ini kita masih kekal harga sama," jelasnya.

Azizan (kanan) menunjukkan lemang yang dijual pada harga RM16 (dari kiri), RM18 dan RM20.
Azizan (kanan) menunjukkan lemang yang dijual pada harga RM16 (dari kiri), RM18 dan RM20.

Beliau berkata, biarpun menyedari beberapa pengusaha lain telah menaikkan harga lemang berikutan kekurangan bekalan kelapa dan santan, namun tidak bagi Lemang Pakteh.

"Dengan mengekalkan harga sebenarnya kita terpaksa menanggung peningkatan kos kira-kira 20 peratus tetapi ia masih mampu ditanggung sekiranya lebih ramai orang membeli dan kuantiti terjual lebih banyak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas Azizan, Lemang Pakteh yang terletak di Taman Rhu di sini dijual bermula RM16, RM18 dan RM20 bergantung kepada saiz dan kelebaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!