Remaja maut motosikal rempuh lembu

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di KM73 Jalan Kota Bharu-Gua Musang pada Rabu. Foto PDRM
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di KM73 Jalan Kota Bharu-Gua Musang pada Rabu. Foto PDRM
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh seekor lembu yang melintas jalan di Kilometer (KM) 73 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Hospital Sultan Ismail Petra, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.17 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Mohd Maizan Mustaffa berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit sedang dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke rumahnya di Kampung Baru Pahi.

"Setibanya di lokasi kejadian, seekor lembu melintas jalan menyebabkan mangsa terlanggar haiwan tersebut. Akibat perlanggaran itu, remaja tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto PDRM
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto PDRM

Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Mohd Maizan turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati, terutama di sekitar Kuala Krai, dan mengingatkan pemilik haiwan ternakan supaya tidak membiarkan haiwan mereka berkeliaran di jalan raya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian 09-9666222.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!