Mat ditahan ceroboh kem askar wataniah

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menceroboh kawasan Kompeni C, Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah di Gerik pada Selasa. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zulkifli)
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menceroboh kawasan Kompeni C, Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah di Gerik pada Selasa. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zulkifli)
A
A
A

GERIK - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menceroboh kawasan Kompeni C, Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, kehadiran suspek dikenali sebagai 'Mat' yang berusia 50 tahun itu disedari oleh seorang sukarelawan tentera sekitar jam 8.45 pagi.

"Terdapat tulisan di dinding bangunan dengan perkataan 'dilarang masuk tanpa urusan' dipercayai diconteng suspek.

"Apabila pengadu cuba menghampiri, suspek telah meninggikan suara menyatakan tanah itu miliknya dan menyuruh anggota terbabit keluar jika tidak mahu sakit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Zulkifli, bertindak atas maklumat, tangkapan terhadap suspek dilakukan sekitar jam 2.35 petang.

"Polis berjaya merampas barang-barang yang dipercayai digunakan untuk memecah pagar antaranya segugus kunci, kepala tukul besi, sebatang besi pengorek tanah, satu mangga dan pakaian suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan reman," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Suwadi Mohd di talian 016-8804375 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!