Surat amaran jika gagal patuhi Larangan Pameran Produk Rokok

Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly
A
A
A

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran terhadap premis yang gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di Kaunter Jualan.

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada masa ini pelaksanaan penguatkuasaan secara berfasa sedang berlangsung sehingga 1 Oktober depan.

"Penguatkuasaan berfasa masih lagi berlangsung dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, kementerian akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada pihak terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar sempena Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator (AED) di kementeriannya pada Selasa.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] bersama-sama peraturan dan perintah yang berkaitan di bawahnya telah dikuatkuasakan mulai 1 Oktober tahun lalu.

Perintah larangan tersebut melibatkan sebanyak 51,000 kedai yang menjual produk merokok di seluruh negara.

Akta 852 merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, satu sesi libat urus dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkaitan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP) [Akta 723] terhadap fasiliti penjagaan kesihatan swasta akan diadakan dalam masa terdekat.

Pemaparan harga ubat akan dikuatkuasakan pada 1 Mei depan melalui perintah di bawah AKHAP.

Artikel Berkaitan:

Seksyen 10 AKHAP memperuntukkan kuasa menteri untuk menghendaki barang atau perkhidmatan ditanda dengan harga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!