Liverpool angkuh dan cuai

Van Dijk (kiri) gagal merantai Rodrigo Muniz yang menjaringkan gol kemenangan Fulham.
Van Dijk (kiri) gagal merantai Rodrigo Muniz yang menjaringkan gol kemenangan Fulham.
A
A
A

BEKAS bintang Manchester United, Paul Scholes mengkritik Liverpool susulan kekalahan 3-2 kepada Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil menyifatkan The Reds sebagai angkuh dan cuai, khususnya merujuk kepada kapten Virgil van Dijk.

Menurut Scholes, Van Dijk gagal mengawal penyerang Rodrigo Muniz bagi gol kemenangan Fulham dan persembahan lemah itu turut mempengaruhi keseluruhan benteng pertahanan Liverpool di Craven Cottage.

Scholes turut berpandangan Liverpool kehilangan fokus berikutan tiadanya saingan rapat dalam perebutan kejuaraan, serta menyifatkan Arsenal melepaskan peluang keemasan untuk memberi tekanan lebih hebat ke atas anak buah Arne Slot.

“Saya lihat mereka bermain dengan rasa angkuh, seolah-olah lawan tak patut kalahkan mereka.

“Unsur cuai mula kelihatan dan ia bermula daripada ketua pasukan mereka,” kata Scholes.

Liverpool masih mendahului dengan kelebihan 11 mata di hadapan Arsenal, dan hanya memerlukan 10 mata lagi daripada tujuh baki perlawanan untuk menjulang kejuaraan liga ke-20.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!