Suami isteri nyaris maut, kereta terjunam gara-gara ikut arahan Google Maps

Keadaan kereta mangsa yang mengalami kerosakan selepas terjunam dari lebuh raya belum siap di Gresik pada Sabtu.
Keadaan kereta mangsa yang mengalami kerosakan selepas terjunam dari lebuh raya belum siap di Gresik pada Sabtu.
A
A
A
JAWA TIMUR – Gara-gara Google Maps, pasangan suami isteri nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam apabila melalui lebuh raya Krian-Gresik (KLBM) yang masih belum siap di Gresik pada Sabtu.

Mangsa, Moch Rudie Heru Komandono, 62, dan Endang Sri Wahyuni, 48, hanya cedera ringan dalam kejadian jam 10 malam itu.

Ketua Polis Trafik Gresik, AKP Rizki Julianda berkata, pemandu dipercayai mengikut arahan Google Maps hingga masuk ke laluan tidak bersambung.

"Kereta terjunam dari ketinggian lima meter dan terhempas sejauh 12 meter selepas melalui celah penghadang.

"Selepas menerima rawatan, mereka telah dibenarkan pulang dan dijemput oleh anak mereka," tambah Rizki.
Artikel Berkaitan:


Beliau memaklumkan kerugian dianggarkan sebanyak Rp15 juta (kira-kira RM4,400).-Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!