Aidilfitri: Aliran trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak

Kenderaan warga Pantai Timur mula memenuhi Lebuhraya Bentong-Kuala Lumpur untuk pulang ke ibu kota selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman. Foto Bernama
Kenderaan warga Pantai Timur mula memenuhi Lebuhraya Bentong-Kuala Lumpur untuk pulang ke ibu kota selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman. Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ibu negara dilaporkan sesak dan perlahan setakat 3.15 petang ini, susulan hujan lebat di sesetengah tempat dan pertambahan kereta menuju ke ibu kota selepas sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak dari Karak hingga Lentang dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah menghala ke ibu negara.

Beliau memaklumkan, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Permatang Pauh ke Perai, Juru Autocity ke Tol Juru, Tapah ke Bidor, Sungkai ke Slim River dan Bukit Tagar ke Sungai Buaya.

"Seterusnya di Lebuhraya PLUS laluan E2 menghala utara, trafik perlahan dari Yong Peng ke Pagoh, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Southville ke Bangi.

"Manakala menghala ke selatan, kenderaan bergerak perlahan dari Nilai ke Hentian Rehat dan Rawat Seremban, Bandar Ainsdale ke Port Dickson, Pagoh ke Yong Peng dan Simpang Renggam ke Kulai,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Jurucakap itu berkata, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah, kesemuanya masih lancar dan terkawal.

"Kesesakan juga berlaku di dalam Lembah Klang di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala utara dari Gamuda Cove ke Putra Heights dan menghala Selatan dari USJ ke Bandar Saujana Putra serta dari Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!