[VIDEO] Balingan boling tersasar ke televisyen

Paparan Twitter The Sun menunjukkan wanita membaling bola, namun tersasar mengena televisyen.
Paparan Twitter The Sun menunjukkan wanita membaling bola, namun tersasar mengena televisyen.
A
A
A

RONDONIA - Perlawanan boling antara sekumpulan rakan bertukar panik apabila bola dibaling salah seorang daripada mereka terkena televisyen yang tergantung di siling pusat boling di Rondonia, Brazil.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan seorang wanita sedang membuat lontaran bola, bagaimanapun ia tersasar hingga tepat ke arah televisyen mengakibatkan skrin pecah, lapor The Sun.

Panik melihat keadaan itu, Dorinha tergamam dan menoleh beberapa kali ke arah rakannya begitu juga ke arah televisyen yang mengalami kerosakan teruk.

Bagaimanapun belum diketahui sama ada Dorinha terpaksa membayar kos televisyen itu atau tidak.

Sehingga jam 8.45 malam, video tersebut meraih ditonton 45,600 pengguna Twitter.

Artikel Berkaitan: