Dua lelaki didakwa perdagang warga Malaysia ke Myanmar
03 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang tukang masak dan penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis atas dua tuduhan memperdagang dua individu yang juga warga Malaysia di Myanmar antara Disember tahun lalu hingga Februari tahun ini, lapor wartawan Sinar Harian,Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, Wong Jun Wei, 26, dan Jasper Yap En Wai, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Arun Noval Dass.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #pemerdaganganmanusia
