Liverpool perkukuhkan cengkaman pendahulu EPL

Jota meledak jaringan kemenangan buat Liverpool di Anfield pada Khamis. Foto: Agensi
Jota meledak jaringan kemenangan buat Liverpool di Anfield pada Khamis. Foto: Agensi
A
A
A

LIVERPOOL melebarkan langkah pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Everton 1-0 dalam perlawanan Derbi Merseyside di Stadium Anfield pada Khamis.

Tiga mata milik anak buah Arne Slot itu dijelmakan menerusi jaringan separuh masa kedua Diogo Jota, untuk mata ke-73 selepas mengharungi 30 perlawanan, mengembalikan kelebihan 12 mata pendahulu liga berkenaan.

Pencabar terdekat Arsenal pula di tangga kedua dengan 61 mata diikuti Nottingham Forest (57 mata), Manchester City (51 mata), juga selepas mengharungi 30 perlawanan.

Sementara itu, Everton kendalian David Moyes yang rekod sembilan perlawanan liga tanpa kalah mereka berakhir, berada di tempat ke-15 dengan 34 mata.

Everton sebelum itu berpeluang memimpin perlawanan namun gol awal Beto dibatalkan kerana ofsaid sebelum Jota memecah kebuntuan minit ke-57 dengan gol pertamanya dalam tempoh dua setengah bulan.

"Sangat penting, sudah tentu. Bukan sahaja kerana ini adalah perlawanan derbi, tetapi kerana (perlawanan pertama selepas) rehat antarabangsa.

"Penting untuk memulakan dengan tiga mata dan diharapkan ia memberi kami momentum untuk baki musim ini," kata Jota.

Derbi Merseyside di Stadium Goodison Park sebelum ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada Februari lalu, dengan James Tarkowski menyamakan kedudukan pada masa kecederaan dalam permainan yang huru-hara dengan layangan empat kad merah, termasuk satu kepada Slot.


___________________________________________________________________________________

Slot puji karakter pemain Liverpool

Artikel Berkaitan:

Slot Foto AFP
Slot Foto AFP

LIVERPOOL terus mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Everton 1-0 dalam pertembungan derby di Anfield pada Khamis.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Diogo Jota sekali gus memastikan The Reds kembali dengan kelebihan 12 mata di tangga teratas liga.

Everton yang tiba di Anfield dengan rekod sembilan perlawanan tanpa kalah dalam liga tampil lebih agresif di babak pertama.

Pasukan pelawat hampir mencipta kejutan menerusi jaringan Beto, namun gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid selain turut berpeluang mendahului selepas satu percubaan terkena tiang gol.

Namun, Liverpool bangkit pada separuh masa kedua untuk mencipta kemenangan ke-100 mereka dalam sejarah pertemuan dengan Everton.

Pengendali Liverpool, Arne Slot, mengakui perlawanan menentang Everton bukanlah tugas mudah memandangkan prestasi baik skuad bimbingan Sean Dyche itu.

“Mereka adalah pasukan yang sangat sukar untuk ditewaskan kerana gaya permainan mereka.

“Bukan hanya kami yang bergelut, tetapi semua pasukan lain kerana mereka sudah sembilan perlawanan tanpa kalah.

“Seorang pengurus yang hebat telah membawa mereka kembali berdaya saing. Mereka bertahan dengan sangat baik, banyak menyekat percubaan lawan dan sentiasa memberi ancaman dalam serangan balas," katanya.

Slot turut memuji keazaman tinggi yang ditunjukkan para pemainnya dalam memastikan kemenangan tersebut.

“Saya dapat merasakan kami semakin hampir (untuk menjaringkan gol). Mereka sangat sukar ditembusi, tetapi para pemain kami menunjukkan karakter luar biasa," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!