Tun M hadir tinjau Putra Heights

Tun M meluangkan masa mendengar taklimat daripada Hussein (kanan) bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi kejadian terbabit.
Tun M meluangkan masa mendengar taklimat daripada Hussein (kanan) bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi kejadian terbabit.
A
A
A

SUBANG JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) berkenaan kes kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, di sini, pada Rabu.

Kehadiran beliau kira-kira jam 5.50 petang disambut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Bekas pemimpin nombor satu negara itu sempat meluangkan masa mendengar taklimat daripada Hussein bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi kejadian terbabit.

Dalam kejadian pada Selasa, saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter terbakar hingga mengakibatkan kerosakan harta benda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!