Penduduk dakwa ada pihak ceroboh rizab Petronas

Mesej tular di media sosial susulan kejadian kebakaran saluran gas.
Mesej tular di media sosial susulan kejadian kebakaran saluran gas.
A
A
A

SHAH ALAM – Selepas tragedi kebakaran akibat kebocoran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Puchong, kini tular pula mesej mendakwa wujud amaran awal mengenai pencerobohan rizab Petronas sebelum kejadian tersebut berlaku.

Menerusi paparan mesej tangkap layar berkenaan, pemberi maklumat tersebut memaklumkan mengenai pencerobohan dan pembinaan bangunan di lokasi tersebut yang dibimbangi akan mencetuskan letupan besar.

"Kena report (lapor) Petronas, dia cucuk paip tu meletup sampai rumah kau nanti, main selamba aje dia orang ini.

"Dah masuk pagar dah... dia dah robohkan pagar tu," tulisnya.

Bagaimanapun kesahihan mesej tersebut masih belum dapat dipastikan dan ketika ini Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak berkaitan termasuk Petronas.

Media sebelum ini melaporkan seramai 112 mangsa terkesan membabitkan 49 kediaman di lokasi berhampiran susulan kejadian berkenaan pada Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohamed, jumlah mangsa itu membabitkan penduduk di Jalan Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru yang berhampiran lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!