Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.30 pagi

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi Selasa.
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi Selasa.
A
A
A

SUBANG JAYA - Setakat jam 10.35 pagi, kira-kira 25 mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi ini menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.

Tinjauan Bernama di kawasan kuil berkenaan mendapati beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat gigih berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa, yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan kesukaran bernafas.

Difahamkan lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Beliau berkata beberapa rumah turut terbakar dalam kejadian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!