Jari wanita hampir putus ditetak suami cemburu buta pada malam raya

SUMEDANG - Gara-gara cemburu buta, seorang wanita menjadi mangsa penganiyaan suaminya pada malam 1 Syawal.
Mangsa dikenali sebagai LG, 40, ditetak pelaku, RH, 42, ketika kejadian di Kabupaten Sumedang, Jawa Barat di Indonesia pada malam Ahad.
"Insiden itu berlaku ketika takbir raya sedang bergema. Wanita itu ditetak suaminya selepas pelaku mengesyaki dia menelefon lelaki lain (kekasih gelap).
"Dia kemudiannya menegur isterinya, namun tidak diendahkan," kata Kepala Satuan Reserse Kriminal (Satreskrim) Polres Sumedang, AKP Uyun Saeful Uyun.
Menurutnya, RH naik berang lalu mengambil sebilah golok dari dapur dan menghayun kepada isterinya.
"Akibat tetakan itu, jari tangan LG hampir putus dan dia segera dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Umar Wirahadikusumah untuk mendapatkan rawatan," jelasnya lagi.
Difahamkan, RH telah diberkas pihak berkuasa di Mapolres Sumedang untuk siasatan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

