Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin 31 Mac 2025.

Demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, pada Ahad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 31 Mac 2025," katanya.

Pengumuman itu dibuat selepas aktiviti melihat anak bulan yang berlangsung selepas waktu Maghrib pada malam Ahad.

Proses cerapan anak bulan tersebut telah dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!