Kanak-kanak autisme, Fayyad Affan dilapor hilang

Fayyad Affan
Fayyad Affan
A
A
A

BALING - Seorang kanak-kanak autisme disedari hilang setelah keluar dari rumahnya dekat Kuarters JPS Kampung Landak Paya, Kupang di sini pada tengah hari Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam kira-kira 2.36 petang dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pencarian.

Menurutnya, kawasan pencarian terhadap kanak-kanak hilang yang dikatakan menghidap mild autisme, Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, itu meliputi persekitaran lokasi kejadian membabitkan pelbagai agensi.

"Operasi pencarian diketuai Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab dan turut dijalankan bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Operasi pencarian kanak-kanak autisme dilakukan pelbagai pihak.
Operasi pencarian kanak-kanak autisme dilakukan pelbagai pihak.

"Kita difahamkan kesemua anggota terlibat dalam pencarian membabitkan 52 orang dengan radius pencarian sejauh satu kilometer dibahagikan kepada empat sektor termasuk Bomba, PDRM, APM, pasukan bomba sukarela dan orang kampung," katanya.

Menurutnya, berdasarkan petunjuk, kanak-kanak itu dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keluar dari kawasan rumahnya dan menghala ke jalan kampung.

"Berdasarkan maklumat, mangsa disedari hilang oleh keluarganya pada jam 12.50 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

"Waris kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan... pemeriksaan CCTV kemudiannya menunjukkan kanak-kanak itu keluar berjalan kaki ke arah jalan kampung," katanya.

Beliau berkata, operasi pencarian setakat ini masih diteruskan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!