Iklan raya KK Super Mart beri kesedaran tentang alzheimer

Chai (tiga dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif ADFM, Tan Sri Hasmah Abdullah (lima dari kanan) ketika Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Eksklusif Iklan Raya KK Super Mart baru-baru ini.
Chai (tiga dari kiri) menyerahkan cenderahati kepada Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif ADFM, Tan Sri Hasmah Abdullah (lima dari kanan) ketika Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Eksklusif Iklan Raya KK Super Mart baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) buat julung kalinya menghasilkan video bertajuk ‘Kesetiaan Kasih Mama’ bersempena kempen Hari Raya Aidilfitri 2025.

Video tersebut mengetengahkan tema kekeluargaan dan membawa mesej mengenai penyakit nyanyuk atau alzhemier yang menguji nilai-nilai kemanusiaan seseorang.

Chai
Chai

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, video tersebut merupakan kempen yang menunjukkan usaha KK Super Mart dalam menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya.

“Usaha murni walaupun kecil namun berterusan ini tidak hanya fokus kepada satu aspek sahaja tetapi menerokai peluang baharu yang ternyata memberi impak positif kepada perhubungan sosial.

“KK Super Mart mengambil peluang pada 2025 ini untuk bersama mengajak masyarakat menyokong usaha membantu individu yang menghidap penyakit alzheimer,” katanya.

Mengulas lanjut, menurut Chai, menerusi jalinan bersama Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka dapat menjayakan kempen kesedaran tersebut kepada masyarakat.

Tambahnya, sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk kempen tersebut dan kini mereka sedang dalam perancangan untuk menjadikan beberapa cawangan KK Super Mart sebagai ruang mesra demensia.

“Saya percaya bahawa hubungan sosial yang baik membantu kesihatan fizikal kita dengan baik. Sebagai contoh, kita dapat melihat perubahan yang ketara terhadap keupayaan mental dan sosial pesakit dementia atau alzheimer.

Artikel Berkaitan:

“Namun sejauh mana kita dan orang sekeliling seperti ahli keluarga, rakan dan komuniti dapat membantu? Apa peranan kita? Maka adalah wajar dan tidak salah syarikat korporat seperti KK Super Mart turut membantu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!