Lembu berkeliaran halang jalan konvoi ketua menteri

Rekha Gupta terpaksa menunggu selama lima minit sebelum jalan kembali lancar.
Rekha Gupta terpaksa menunggu selama lima minit sebelum jalan kembali lancar.
A
A
A

NEW DELHI – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penternak lembu di Keshavpuram selepas konvoi Ketua Menteri Delhi, Rekha Gupta terganggu akibat haiwan peliharaannya terbiar di kawasan tersebut.

Pengerusi Zon Keshavpuram, Yogesh Verma berkata, tindakan akan diambil terhadap pemilik ladang ternakan yang beroperasi secara haram di kawasan berkenaan.

"Jika ladang-ladang ini tidak sah, tindakan keras akan diambil. Kami akan menyita premis, memotong bekalan elektrik dan mengenal pasti struktur haram yang dibina oleh pemilik ladang ternakan.

"Kes polis juga akan dibuka terhadap mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Menurut peraturan sedia ada, penternakan lembu secara individu adalah haram di Delhi.

Kerajaan sebelum ini telah membuka sebuah ladang ternakan di Bhalswa bagi mereka yang ingin memelihara lembu secara sah.

Namun, peningkatan ladang ternakan haram menyebabkan masalah lembu terbiar semakin meruncing.

Insiden itu berlaku apabila konvoi Ketua Menteri Delhi terpaksa berhenti secara mengejut di jejantas Haiderpur selepas kira-kira enam ekor lembu menghalang jalan.

Rekha Gupta terpaksa menunggu selama lima minit sebelum jalan kembali lancar.

Artikel Berkaitan:

Ketika menunggu, beliau mengarahkan pegawai bertanggungjawab mencari pusat perlindungan bagi haiwan-haiwan ini serta memastikan tiada lagi lembu terbiar yang berkeliaran di jalan raya dan jejantas - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!