Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Wanita cekal kerja pengawal keselamatan sara suami sakit, dua anak OKU

03 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Walaupun kudrat tidak sekuat ketika muda, namun Noraini Mohd Tahir, 49, menggagahkan diri bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menyara suami sakit serta dua anak orang kurang upaya (OKU), lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, sepatutnya suaminya yang mengalami masalah strok perlu mendapat penjagaan rapi daripadanya namun dia tiada pilihan lain perlu bekerja disebabkan dua anak OKU, Norrahmathul Adawiyah Raja Kamaruzaman,16 dan Raja Khaliq Rizky Raja Kamaruzaman, 12 masih bersekolah

Muzik: Introspection dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #aidilfitri #OKU