Amy Search respons tarikh konsert bertembung final Piala Malaysia

Amy akan tetap meneruskan konsert pada 26 April depan.
Amy akan tetap meneruskan konsert pada 26 April depan.
A
A
A

UMUM mengetahui perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC telah dianjak ke tarikh baharu iaitu pada 26 April depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Anjakan itu sekali gus menyebabkan pertembungan dengan konsert Amy Search Magic First Solo Concert yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena pada hari sama terletak bersebelahan dengan stadium itu.

Justeru ada peminat yang mencadangkan penyanyi legenda itu untuk menukar tarikh konsert solo pertamanya.

Bagaimanapun, Amy yang juga anak kelahiran Johor Bahru dengan nada bergurau memberitahu kepada peminatnya supaya tidak menonton perlawanan itu kerana sudah mengetahui jawapannya.

“Tak perlu tengok sebab dah tentu JDT menang. Mana pernah JDT kalah,” balas Amy kepada pengikutnya itu.

Bersetuju dengan jawapan yang diberikan, individu itu lantas memberitahu akan hadir menonton konsert solo pertamanya meskipun bakal terlepas menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

“Terbaik Datuk. Betul juga. Baiklah saya ‘on’ konsert Amy,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Perbualan dengan peminat yang dikongsikan menerusi Insta Story miliknya.
Perbualan dengan peminat yang dikongsikan menerusi Insta Story miliknya.

Terdahulu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan perubahan tarikh baharu bagi aksi final Piala Malaysia yang membabitkan pertembungan JDT dan Sri Pahang.

Badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu dalam kenyataan memaklumkan tarikh baharu aksi final itu ditetapkan pada 26 April di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Untuk rekod, selepas 44 tahun bergelar anak seni, Amy bakal muncul dengan konsert solo pertamanya 'Amy Search Magic First Solo Concert’ di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 67, berkata konsert berkenaan akan menjadi detik penting dalam sejarah kerjaya seninya selepas lebih empat dekad berkelana dalam industri muzik.

Tiket untuk konsert itu sudah dijual sejak 5 Feb lalu di www.wowtix.com.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!