Bapa didakwa cabul anak kandung

Seorang perekrut pekerja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya di kediaman mereka, awal bulan ini. Gambar hiasan
Seorang perekrut pekerja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya di kediaman mereka, awal bulan ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang perekrut pekerja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya di kediaman mereka, awal bulan ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 34 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anaknya yang berusia empat tahun enam bulan bagi tujuan seksual di sebuah unit kondominium di Jalan Gembira, dekat sini antara 9.30 malam dan 5.30 pagi pada 4 hingga 5 Mac 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

"Sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara dalam membenarkan jaminan, saya mencadangkan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa dan pengadu iaitu ibu mangsa selain melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali," katanya.

Peguam Chong Seng Ming merayu jaminan rendah atas alasan penjamin yang merupakan bapa kepada anak guamnya hanyalah seorang pesara dan beliau akan memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah pada setiap prosiding selain sedia menerima sebarang syarat tambahan yang dikenakan mahkamah.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!