Agong berangkat kunjungi bazar Ramadan di Bangsar

Sultan Ibrahim meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni para peniaga di bazaar itu dan membeli juadah berbuka puasa bersama petugas Istana Negara. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni para peniaga di bazaar itu dan membeli juadah berbuka puasa bersama petugas Istana Negara. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat berkunjung ke Bazar Ramadan di kawasan Jalan Telawi, Bangsar di sini pada Sabtu.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni para peniaga di bazar itu dan membeli juadah berbuka puasa bersama petugas Istana Negara.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Sultan Ibrahim turut berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membeli-belah.

"Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong nyata mengujakan pengunjung BSC yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!