Mahu cepat kaya punca rasuah berleluasa – CAKE

Keinginan untuk cepat kaya tanpa memikirkan kesan jangka panjang menjadi antara faktor utama isu rasuah di Malaysia masih berleluasa. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Yusrizal
Keinginan untuk cepat kaya tanpa memikirkan kesan jangka panjang menjadi antara faktor utama isu rasuah di Malaysia masih berleluasa. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Yusrizal
A
A
A

SHAH ALAM – Keinginan untuk cepat kaya tanpa memikirkan kesan jangka panjang menjadi antara faktor utama isu rasuah di Malaysia masih berleluasa.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Yusrizal Yusoff, berkata pelaku jenayah itu tidak takut kepada pencipta mahupun hukuman kerana terlalu terpengaruh dengan kuasa wang.

“Ramai mengamalkan gaya hidup ingin kaya dengan pantas tanpa memikirkan akibatnya.

“Kita dapat lihat impaknya apabila ekonomi rakyat tidak stabil, harga barang lebih tinggi daripada pendapatan akibat rasuah dan kronisme dalam rantaian ekonomi," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, tekanan hidup dan kos sara hidup yang semakin meningkat turut mendorong berlakunya amalan rasuah.

"Kita sangat berharap supaya perkara ini dapat dibanteras bagi menyelamatkan pengguna dan membetulkan sistem ekonomi negara," katanya.

Beliau menegaskan bahawa integriti tinggi dan sikap amanah perlu diterapkan dalam setiap pekerjaan, terutama dalam kalangan penjawat awam.

"Golongan berkepentingan terutamanya penjawat awam perlu mempunyai integriti kerja yang tinggi serta menjalankan amanah dalam melaksanakan tugas mereka," jelasnya.

Tambahnya, sikap amanah, integriti, dan tidak mementingkan kebendaan perlu dipupuk dalam diri sejak awal, selain menjadikan agama sebagai benteng melawan rasuah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!